Pada abad yang ke-21 ini, seiring dengan matlamat untuk melahirkan para pelajar yang inovatif serta mempunyai daya kemahiran berfikir yang tinggi seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa alat berfikir yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh peta i-Think yang telah dilaksanakan pada 27 Julai 2011.
KEKUATAN PETA i-Think
- Peta i-Think ini mempunyai 8 bentuk di mana setiap bentuk ada fungsinya yang tersendiri. Hal ini seseorang dapat membuat nota yang mengikut klasifikasi yang diingini dengan memilih peta pemikiran yang hendak digunakan.
- Peta pemikiran ini boleh diguna sebagai pra pengajaran kepada guru. Guru boleh menggunakan peta pemikiran untuk menyusun bahan-bahan pengajaran di dalam kelas.
- Peta pemikiran boleh dijadikan sebagai alat untuk menilai tahap kefahaman murid di dalam bilik darjah dengan isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini kerana, peta pemikiran boleh dijadikan satu alat hala tuju yang lebih terancang berbanding dengan alat berfikir yang lain kerana setiap peta pemikiran mempunyai fungsi yang berbeza.
- Peta pemikiran juga pelajar lebih terarah dan terancang mengikut fungsi peta pemikiran yang telah ditetapkan berbanding alat berfikir yang lain seperti peta konsep dan peta minda. Melalui peta pemikiran juga, pelajar boleh membuat perkaitan antara peristiwa sebelum, semasa dan selepas proses PdP di dalam bilik darjah.
- Selain itu, nilai yang ingin diterapkan dalam sesebuah penulisan dapat disampaikan kepada pelajar secara lebih berkesan bukan sekadar menghafal semata-mata.
- Para pelajar juga boleh membuat revisi pantas berdasarkan peta i-Think dan mudah untuk mengingat apa yang telah dipelajari.
- Jika terlalu banyak maklumat dan isi penting dalam sesuatu perkara, sukar untuk diaplikasikan ke dalam peta i-Think kerana bentuk peta i-Think ini amat ringkas dan tidak banyak bentuk yang boleh memuatkan kesemua maklumat.
- Seseorang itu perlu menggunakan peta pemikiran yang berlainan dan banyak jika dalam sesuatu bahan bacaan itu mengandungi prosedur, perbezaan dan sebagainya kerana peta i-Think ini mempunyai 8 peta pemikiran yang berlainan fungsi.